Selamat Datang Ke Pusat Sumber SK Bukit Kenak
Monday, 22 October 2012
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
Bermula 21 hingga 24 Oktober 2012, akan berlangsungnya Kem Membaca 1 Malaysia dan READ 2012. Kem ini akan melibatkan semua pelajar SK Bukit Kenak. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
1. Kembara NILAM
2. Spell it right
3. Teka silangkata
4. Melengkapkan peribahasa
5. Tulisan Jawi
6. READ 2012
7. Pertandingan mewarna
Saturday, 15 September 2012
Selamat Menyambut Hari Malaysia
Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia...... Semoga Malaysia terus aman, makmur sentiasa
Friday, 14 September 2012
MERDEKA RAYA 2012
8 SEPTEMBER 2012, Sambutan Perarakan Merdeka Raya Daerah Besut 2012 telah berlangsung dengan jayanya di Pantai Air Tawar Besut. Sambutan yang begitu meriah telah dihadiri oleh lebih dari 100 NGO, Pejabat Kerajaan, Kakitangan Sekolah-sekolah Daerah Besut dan Pelajar-pelajar sekolah. Turut serta dalam Perarakan Merdeka Raya tersebut ialah Pacuan 4 roda, Motosikal berkuasa tinggi, perarakan motorbot yang menyusuri sungai Kuala Besut dan juga kereta-kereta berhias.
Acara yang di rasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh, ADUN Jertih itu telah melabuhkan tirainya sekitar jam 1.00 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada pemenang perarakan dan jamuan makan tengahari untuk semua peserta. SK Bukit Kenak tidak ketinggalan kerana telah terpilih sebagai NAIB JOHAN bagi Kategori Perbarisan Sekolah Rendah dengan membawa balik wang tunai RM300.00 Syaabas kepada semua peserta yang menyertai perarakan tersebut. SKBK BOLEH!
Friday, 7 September 2012
Solat Hajat Perdana
Pengumuman kepada guru, ibubapa/ penjaga , pelajar Tahun 6.............
Terima kasih diatas kerjasama semua.
Terima kasih diatas kerjasama semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)


