Saturday 15 September 2012

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia...... Semoga Malaysia terus aman, makmur sentiasa


Friday 14 September 2012

MERDEKA RAYA 2012

8 SEPTEMBER 2012, Sambutan Perarakan Merdeka Raya Daerah Besut 2012 telah berlangsung dengan jayanya di Pantai Air Tawar Besut. Sambutan yang begitu meriah telah dihadiri oleh lebih dari 100 NGO, Pejabat Kerajaan, Kakitangan Sekolah-sekolah Daerah Besut dan Pelajar-pelajar sekolah. Turut serta dalam Perarakan Merdeka Raya tersebut ialah Pacuan 4 roda, Motosikal berkuasa tinggi, perarakan motorbot yang menyusuri sungai Kuala Besut dan juga kereta-kereta berhias.

Acara yang di rasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh, ADUN Jertih itu telah melabuhkan tirainya sekitar jam 1.00 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada pemenang perarakan dan jamuan makan tengahari untuk semua peserta. SK Bukit Kenak tidak ketinggalan kerana telah terpilih sebagai NAIB JOHAN bagi Kategori Perbarisan Sekolah Rendah dengan membawa balik wang tunai RM300.00 Syaabas kepada semua peserta yang menyertai perarakan tersebut. SKBK BOLEH!



Friday 7 September 2012

Solat Hajat Perdana

Pengumuman kepada guru, ibubapa/ penjaga , pelajar Tahun 6.............


Terima kasih diatas kerjasama semua.

Thursday 6 September 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

Kepada semua calon UPSR SK Bukit Kenak 2012...........


Tenangkan hati.....fokus sentiasa..... insyaallah pasti boleh.......

Tuesday 4 September 2012

BENGKEL BLOG UNTUK GPM

Bertempat di PKG Jerteh telah diadakan Bengkel Pembinaan Blog khusus untuk Guru Perpustakaan dan Media. Bengkel tersebut bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.


Peserta Bengkel Pembinaan Blog Siri 2

Riang Ria Raya SKBK 2012

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak telah diadakan pada 30 Ogos 2012




Maaf Zahir Batin


Kursus Kepimpinan Pelajar 2012

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2012


Pada 8 Mac 2012 telahpun diadakan Kursus Kepimpinan Pelajar 2012. Kursus ini telah dihadiri oleh Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, PRS, Ketua dan Penolong kelas dan Pengawas Buku Teks (BOSS). Kursus pada kali ini melibatkan penyertaan hampir 180 orang pelajar. Pada tahun ini kursus ini telah mendapat kerjasama daripada Badan Bimbingan dan Kaunseling. Perasmian kursus telah dilakukan oleh Guru Besar SK Bukit Kenak iaitu En Wan Mohd Zain b Wan Bakar.