Friday 14 September 2012

MERDEKA RAYA 2012

8 SEPTEMBER 2012, Sambutan Perarakan Merdeka Raya Daerah Besut 2012 telah berlangsung dengan jayanya di Pantai Air Tawar Besut. Sambutan yang begitu meriah telah dihadiri oleh lebih dari 100 NGO, Pejabat Kerajaan, Kakitangan Sekolah-sekolah Daerah Besut dan Pelajar-pelajar sekolah. Turut serta dalam Perarakan Merdeka Raya tersebut ialah Pacuan 4 roda, Motosikal berkuasa tinggi, perarakan motorbot yang menyusuri sungai Kuala Besut dan juga kereta-kereta berhias.

Acara yang di rasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh, ADUN Jertih itu telah melabuhkan tirainya sekitar jam 1.00 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada pemenang perarakan dan jamuan makan tengahari untuk semua peserta. SK Bukit Kenak tidak ketinggalan kerana telah terpilih sebagai NAIB JOHAN bagi Kategori Perbarisan Sekolah Rendah dengan membawa balik wang tunai RM300.00 Syaabas kepada semua peserta yang menyertai perarakan tersebut. SKBK BOLEH!



No comments:

Post a Comment