NILAM

Penyelaras
Pn Nor Riza bt Mohamad



Tahap 1

Pn Norfauziah Aminuddin

Tahap 2
Pn Norma bt Yahya





Nilam


NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau
 adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah 
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu
 pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang 
penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

MATLAMAT

Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.

OBJEKTIF

  • - Menjadikan murid banyak membaca.
  • - Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi

            menyemai tabiat membaca


TIGA ELEMEN NILAM
  • 1. Rekod Membaca
    Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod
    Membaca NILAM.
  • 2. Pengesahan Pembacaan
    Guru Kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
  • 3. Pengiktirafan
    Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku
     yang dibaca.

MODEL

NILAM

PENCAPAIAN TAHAP NILAM

1. Tahap Jauhari
2. Tahap Rakan Pembaca



PENGIKTIRAFAN
Tahunan

  • Buku Rekod Kemajuan
  • Kad Kumulatif


Keseluruhan
  • Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Surat Akuan Sekolah


Murid yang berjaya menamatkan program NILAM berkeistimewaan untuk
 pemilihan ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspres, 
Penajaan Biasiswa dan Institut Pengajian Tinggi.

CADANGAN AKTIVITI NILAM
1. Program Iqra'
2. Membaca Bersama
3. Ceramah Buku
4. Pertandingan Bercerita
5. Khemah Membaca
6. Pameran Buku
7. Teater Membaca


Masa yang disarankan untuk Program NILAM
1. Dimasukkan dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
2. Masa Khas - contoh 10 minit sebelum waktu sekolah bermula dan 
     waktu rehat.
3. Waktu untuk aktiviti perpustakaan.
4. Menggunakan waktu senggang untuk membaca.


SUMBER BAHAN BACAAN 

1. Perpustakaan Sekolah 
2. Perpustakaan Awam 
3. Perpustakaan Keluarga 
4. Sudut Bacaan di Masjid 
5. Perpustakaan FELDA 
6. Perpustakaan KEMAS










No comments:

Post a Comment