Wednesday, 21 November 2012

TAHNIAH BUAT PENGAWAS PSSKU....UPSR 2012

Sesungguhnya inilah hasil setelah berpenat lelah menuntut ilmu.... teruskan kecemerlangan  kepada mereka yang berjaya mendapat 5A, gandakan lagi usaha bagi yang kurang bernasib baik.....Kami guru-guru PSS sesungguhnya yakin kalian semua mampu mencipta sesuatu yang lebih baik.....PMR, SPM dan STPM menanti kalian....



Selamat Bercuti

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua . Kepada semua pelajar isikan masa-masa terluang ini dengan melakukan perkara yang bermanfaat.....


Monday, 22 October 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA


Bermula 21 hingga 24 Oktober 2012, akan berlangsungnya Kem Membaca 1 Malaysia dan READ 2012. Kem ini akan melibatkan semua pelajar SK Bukit Kenak. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

 1. Kembara NILAM
 2. Spell it right
 3. Teka silangkata
 4. Melengkapkan peribahasa
 5. Tulisan Jawi
 6. READ 2012
 7. Pertandingan mewarna

Saturday, 15 September 2012

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia...... Semoga Malaysia terus aman, makmur sentiasa


Friday, 14 September 2012

MERDEKA RAYA 2012

8 SEPTEMBER 2012, Sambutan Perarakan Merdeka Raya Daerah Besut 2012 telah berlangsung dengan jayanya di Pantai Air Tawar Besut. Sambutan yang begitu meriah telah dihadiri oleh lebih dari 100 NGO, Pejabat Kerajaan, Kakitangan Sekolah-sekolah Daerah Besut dan Pelajar-pelajar sekolah. Turut serta dalam Perarakan Merdeka Raya tersebut ialah Pacuan 4 roda, Motosikal berkuasa tinggi, perarakan motorbot yang menyusuri sungai Kuala Besut dan juga kereta-kereta berhias.

Acara yang di rasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh, ADUN Jertih itu telah melabuhkan tirainya sekitar jam 1.00 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada pemenang perarakan dan jamuan makan tengahari untuk semua peserta. SK Bukit Kenak tidak ketinggalan kerana telah terpilih sebagai NAIB JOHAN bagi Kategori Perbarisan Sekolah Rendah dengan membawa balik wang tunai RM300.00 Syaabas kepada semua peserta yang menyertai perarakan tersebut. SKBK BOLEH!



Friday, 7 September 2012

Solat Hajat Perdana

Pengumuman kepada guru, ibubapa/ penjaga , pelajar Tahun 6.............


Terima kasih diatas kerjasama semua.

Thursday, 6 September 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

Kepada semua calon UPSR SK Bukit Kenak 2012...........


Tenangkan hati.....fokus sentiasa..... insyaallah pasti boleh.......

Tuesday, 4 September 2012

BENGKEL BLOG UNTUK GPM

Bertempat di PKG Jerteh telah diadakan Bengkel Pembinaan Blog khusus untuk Guru Perpustakaan dan Media. Bengkel tersebut bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.


Peserta Bengkel Pembinaan Blog Siri 2

Riang Ria Raya SKBK 2012

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak telah diadakan pada 30 Ogos 2012




Maaf Zahir Batin


Kursus Kepimpinan Pelajar 2012

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2012


Pada 8 Mac 2012 telahpun diadakan Kursus Kepimpinan Pelajar 2012. Kursus ini telah dihadiri oleh Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, PRS, Ketua dan Penolong kelas dan Pengawas Buku Teks (BOSS). Kursus pada kali ini melibatkan penyertaan hampir 180 orang pelajar. Pada tahun ini kursus ini telah mendapat kerjasama daripada Badan Bimbingan dan Kaunseling. Perasmian kursus telah dilakukan oleh Guru Besar SK Bukit Kenak iaitu En Wan Mohd Zain b Wan Bakar.








Saturday, 10 March 2012



JAWATANKUASA INDUK PSS 2018





PENGERUSI
PN MAZNAH BT MD DELI


TIMBALAN PENGERUSI
EN AIDI B ADBULLAH


N/PENGERUSI 1
EN AHMAD KHAIRI B JUSOH


N/PENGERUSI 2
PN HAFIZAN AWANG


SETIAUSAHA
PN SUHAILA ABD GHANI



AJK
PN NOR RIZA BT MOHAMAD
PN ROSLINA BT MD YASIN
PN YUSNI BT AB LLAH
EN TAJUL 'ASHIKIN B JURID
EN KHAIRUL AZIZI B MOHD YUSOF
CIK HJH ZARIDA BT AB HALIM
PN SUHAILA BT ABU BAKAR
KETUA-KETUA PANITIA
KAUNSELOR SEKOLAH

Pengawas PSS 2012

PENGAWAS PUSAT SUMBER 2012

Program Nilam

PROGRAM NILAM

Alhamdulillah ..... pada tanggal 26 Februari 2012 telah berlangsungnya perasmian Program NILAM. Perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Bukit Kenak iaitu En Wan Mohd Zain b Wan Bakar. Harapan beliau agar pada tahun ini program ini dapat dijalankan dengan lebih gemilang.


Penerangan program NILAM oleh penyelaras NILAM iaitu
Pn Suhaila



Persembahan oleh Murid Tahun 2 Jaya


Ucapan Perasmian Oleh Guru Besar - En W Mohd Zain b Wan Bakar



AJK Nilam bergambar bersama dengan pihak pentadbir SKBK